welcome

SELAMAT DATANG....

tek bergerak

salam

Thursday, November 17, 2011

Resepi Ayam Goreng Kunyit Cara Mudah dan Sedap



Salam sejahtera.. Kali ini cik tom nak share cara nak buat resepi ayam goreng kunyit yang cik tom masak. Resepinya amatlah mudah, senang dan yang penting sedap. Cik tom biasa masak lauk pauk dan nasi secara bergilir-gilir dengan seorang lagi kawan cik tom selepas kitaorang balik dari kerja. Resepi ayam goreng kunyit ini dapat dimasak dalam anggaran 15 minit. Resepi ayam goreng kunyit yang cik tom masak ini hanya untuk 2 orang makan. So, kalau untuk lebih dari anggaran 2 orang, korang boleh ubahsuai kuantiti tue ye.

ayam goreng kunyit

Bahan-bahan Resepi Ayam Goreng Kunyit ( untuk 2 orang makan )

Bahan A untuk resepi ayam goreng kunyit ;

1 mangkuk isi ayam (dipotong kecil)-anggaran 200 gm
1 sudu besar serbuk kunyit
1/4 sudu kecil garam halus
Minyak secukupnya utk mengoreng

Bahan B untuk resepi ayam goreng kunyit ;

2 biji jagung muda (dihiris)
2 biji lada besar merah (dihiris)
2 batang kacang panjang/ kacang buncis (dihiris)
2 inci lobak (dipotong)
1 sudu besar serbuk kunyit
1/4 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil serbuk perasa
1/2 labu bawang besar (dihiris)
1 labu bwg putih (dipecahkan)
1 sudu kecil minyak untuk menumis

Cara-cara masakan resepi ayam goreng kunyit ;

1. Gaulkan bahan A dan goreng hingga garing, kemudian toskan minyak.

2. Masukkan dan panaskan minyak di dalam kuali.

3. Kemudian masukkan dan tumis bawang besar serta bawang putih sehingga naik bau.

4. Masukkan semua jenis sayur-sayuran di dalam bahan B ke dalam kuali.

5. Masukkan garam, serbuk perasa dan serbuk kunyit.

6. Apabila sayur sudah masak, sila masukkan ayam yang telah digoreng tadi.

7. Gaulkan ayam telah digoreng bersama sayuran.

8. Siap untuk dihidang dan dimakan.

Selamat mencuba resepi ringkas dan senang untuk dimasak iaitu resepi ayam goreng kunyit. ^_^

No comments:

Post a Comment

Beri komen yang membina