welcome

SELAMAT DATANG....

tek bergerak

salam

Thursday, November 17, 2011

Resepi Ayam Masak Halia Cara Mudah dan Sedap

Salam.. Kali ini cik tom nak share resepi cara nak buat resepi masakan ayam masak halia yang kawan cik tom, miz azy masak. Resepinya amatlah mudah, senang dan yang penting sedap. Resepi masakan ayam masak halia ini dapat dimasak dalam anggaran 20 minit. Resepi masakan ayam masak halia yang miz azy masak ini hanya untuk anggaran 2 orang makan. So, kalau untuk lebih dari kuantiti tue korang boleh ubahsuai kuantiti untuk resepi ayam masak halia ini ye.

ayam masak halia

Bahan-bahan Resepi Masakan Ayam Masak Halia ( untuk 2 orang makan )

1 mangkuk kecil isi ayam (dipotong kecil)
3 batang kacang panjang (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
1 ulas bwg putih+ 1/2 labu bawang besar (dikisar/ditumbuk)
2 sudu sos tiram (takde sos tiram so miz azy guna ½ kiub pati ayam)
1 sudu kecil serbuk lada hitam (miz azy guna 2 biji cili padi)
1/4 sudu kecil garam halus
1/2 sudu kecil serbuk perasa
1/2 sudu kecil gula
1 sudu kecil minyak untuk menumis

Cara-cara masakan resepi masakan ayam masak halia;

1. Panaskan minyak di dalam kuali.

2. Kemudian tumis bawang besar, bawang putih yang dikisar dan halia sehingga naik bau.

3. Masukkan ayam, sos tiram, sedikit air dan kacau sehingga rata.

4. Tutup kuali untuk masak ayam sehingga lembut.

5. Masukkan kacang panjang dan bawang besar yang dihiris ke dalam kuali.

6. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

7. Masukkan air sedikit lagi kalau nak berkuah.

8. Tutup kuali seketika sahaja, jangan sehingga sayur layu.

9. Siap untuk dihidang dan dimakan.

Selamat mencuba! Akan datang cik tom akan share lagi resepi masakan yang mudah dimasak dan sedap dimakan. Resepi ini pun sesuai untuk berbuka puasa akan datang. Resepi yang mudah untuk disediakan selepas letih balik dari kerja.

No comments:

Post a Comment

Beri komen yang membina