welcome

SELAMAT DATANG....

tek bergerak

salam

Monday, November 12, 2012


Masih ingat lagi tak entry pasal Asam Pedas & Sawi Pahit?
Sawi pahit lebih enak jika dijeruk,

Sawi jeruk yang dijual.. Payah nak cari yang halal.
Tahap kebersihannya juga diragui bukan?
Jadi apa kata buat sendiri aje..
Senang banget nak buat sawi jeruk ni.
Semudah 1,2,3...
Harini ann akan share Resepi Sawi Jeruk yang dicipta oleh emak ann,

Sawi Jeruk
Bahan-bahannya:
4-5 pokok sawi pahit atau 1 pokok sawi besar } dibasuh bersih & dicerai-ceraikan
1 gengam garam
1 buku besar gula melaka. (jika saiz gula melaka kecil, gunakan 2 buku)

cara-cara:
1. Jemurkan sawi seharian / sehingga layu.
2. Di dalam bekas yang bersih, masukkan air masak berserta garam.
3. Kemudian rendamkan sawi didalam bekas selama 1 malam.
4. Keesokkan harinya, campurkan gula melaka dalam bekas.
5. Simpan selama 3-4 hari (paling lama seminggu).
6. Siap untuk dimakan. Lebih enak jika dimasak bersama asam pedas.


Resepi Asam Pedas Johor bersama sawi jeruk


Bahan-bahan:
1 kg ikan kembung @ ikan parang
sedikit daun kesum
sawi jeruk/bendi/terung bulat
asam jawa sebesar telur ayam bersaiz kecil} dibancuh dengan air

Bahan yang perlu dikisar halus:
30 tangkai cili kering (jika suka pedas, sila lebihkan cili) }cili dibuang biji, dibasuh dan dicelur seketika.
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit
2-3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
sedikit belacan

1. Tumis bahan yang telah dikisar halus hingga naik minyak.
2. Masukkan ikan dan gaul sebati dengan bahan tumis.
3. Masukkan air secukupnya (jangan terlalu cair), daun kesum, sawi jeruk & air asam jawa.

** Bendi dimasukkan ketika kuah telah mendidih.
**Air asam jawa hanya boleh dimasukkan setelah terung bulat telah empuk supaya terung tidak majal.


Sayur tanam sendiri..
Jeruk buat sendiri..
Sure 100% halal & bersih.

No comments:

Post a Comment

Beri komen yang membina